Friday, September 9, 2016

9 Tempat Rahsia di Langkawi yang pelancong tidak tahu

9. Pemandangan Indah.
Pemandangan indah adalah satu lokasi yang jarang dikunjungi oleh pelancong. Namun tempat ini sering menjadi tarikan kepada orang tempatan Langkawi sendiri.  Pemandangan 'aerial' Padang Matsirat boleh dilihat dengan jelas dari lokasi ini. Tempat ini menjadi tumpuan pada setiap kali LIMA Langkawi dianjurkan. 

Lokasi: Puncak Bukit Indah (laluan ke Padang Matsirat)




8. Temurun Waterfall







7. Lubuk Semilang





6. Pantai Pasir Tengkorak



Pantai Pasir Tengkorak kurang diketahui oleh pelancong oleh kerana lokasinya yang jauh dari Kuah atau Chenang. Masa terbaik untuk mengunjungi pantai ini adalah pada pagi hari (sunrise).  Tempat ini juga sesuai untuk dibuat hari keluarga kerana kawasan pantainya yang luas dan kurang pengunjung. Jika datang pukul seawal 7.3pagi ada kemungkinan pantai ini menjadi seakan akan pantai peribadi (private beach)

5. Puncak Gunung Mat Chincang
(Hiking)




Tempat ini dipromosikan dengan hebat namun tidak semua orang ada kekuatan fizikal untuk sampai ke puncak. Masa mendaki mengambil masa 3 jam dan pendakian turun 3 jam. Pengunjung perlu ada kekuatan fizikal dan masa paling kurang 7 jam untuk ekspidisi ini. Untuk keselamatan, eloklah mendaki dalam kumpulan dan mengambil khidmat 'hiking guide'. 


Jalan mudah, beli saja tiket cable car utk menaiki gunung Mat Chincang. Tetapi semestinya pengalamannya tidak sama jika mendaki sendiri
.

4. Pekan Rabu Waterfront
(Esplanade)




Pekan rabu menjadi tarikan utama untuk orang Langkawi sendiri atas lokasinya dan pelbagai program yang dianjurkan di sini. 

3. Taman Permainan Kuah



Taman Permainan Kuah adalah satu tempat yang sering pengunjung terlepas pandang. Selain lokasinya yang luas dan percuma, tempat ini juga sering dikunjungi siang dan malam. Perkhidmatan seperti Roller blade dan bubbles dan reflexology juga disediakan pada hujung minggu.



2. Sunrise di Tanjung Rhu




Tempat ini kurang dikunjungi atas monopoli beberapa hotel dan penutupan jalan. Tetapi jika anda mencari anda akan jumpa tempat ini. Kelebihan tempat ini adalah jika air surut and boleh berjalan ke pulau seberang, tetapi kena berlari balik dengan cepat sebelum air pasang, jika tidak ada kemungkinan terpaksa balik berenang.😊


1. Tambak (Wave breaker)


Tempat ini adalah tempat misteri untuk pelancong. Hanya orang tempatan sahaja akan datang untuk menikmati keindahan pemandangan dari jambatan hingga ke tengah laut. Jika anda ingin berjogging atau memancing tanpa menempah bot, inilah tempatnya. 

Namun atas lokasi yang misteri dan jalan yang tertutup, pengunjung hanya boleh datang dengan berjalan kaki. Ini bukanlah kawasan pelancongan dan risiko kecederaan adalah atas tanggungan sendiri.

Aktiviti: jogging dan memancing

Selamat bercuti!

Photos are taken from various blogs as stated in the watermark.