Tuesday, September 17, 2013

Aktiviti yang menarik di Langkawi

Selain dari shopping coklat dan periuk berjenama di Langkawi, apakah aktiviti yang menarik untuk dibuat di Pulau ini? Al Falah Rental tidak menyediakan mana-mana pakej ke tempat-tempat ini. Ini sekadar perkongsian untuk mereka yang ingin ke Langkawi.


Aktiviti Untuk Keluarga

Island Hopping 
Jika pergi ke Langkawi, Jangan lupa untuk Island Hopping. Pelbagai pakej disediakan oleh pelbagai syarikat pelancongan. Tiket boleh dibeli di sekitar Pantai Chenang. Anggaran harga: RM30 seorang.

Underwaterworld
Jangan ketinggalan untuk melawat Underwaterworld. Akuarium besar yang ada banyak spesis laut seperti penguin dan jerung.  Anggaran harga: RM28 (MYKAD)

Cable Car 
Ingin ke Gunung Mat Chinchang tapi tak larat mendaki? naiklah Cable Car. Boleh nampak permandangan Langkawi dan Pulau Satun, Thailand. Anggaran harga RM25(MYKAD)

Galeria Perdana 
 Ingin melawat museum Perdana Menteri Malaysia, bolehlah melawat Galeria Perdana. Anggaran harga: RM5

Bird Park
Ingin melihat spesis burung? Bird Park amatlah sesuai dan lokasinya tidak jauh dari kuah. Bird Park mendapat review yang baik dari ramai pelanggan dan ada yang datang berkali-kali kerana keunikan Mini Zoo ini. Anggaran harga: RM15-20.

Mangrove Tour
Untuk mereka yang berminat untuk melihat keindahan paya bakau yang unik di Langkawi. Anggaran harga- RM250 utk sebuah bot.


Aktiviti Individu 

Jetski- RM100 untuk 1/2 jam. Pantai Chenang
Parasailing- RM70 Pantai Chenang
Kenderaan Lasak ATV- RM40 -Ayer Hangat
Helicopter Tour- RM500. Pantai Chenang
Motocross- RM80 - Cable Car
Segway- RM17- Cable Car


Aktiviti Percuma

1) Dataran Helang

2) Mandi Pantai- 

Chenang, Tanjung Rhu, Pantai Kok dan Pantai Pasir Tengkorak.

3) Pasar Malam

Sabtu- Kuah

Ahad- Padang Matsirat

Isnin-

Selasa- Kedawang

Rabu - Kuah

Khamis- Temonyong

Jumaat- Ayer Hangat


4) Taman Permainan Lada



*Maklumat harga adalah tidak tepat, cuma anggaran kasar dan hanya bertujuan perkongsian maklumat bersama.


No comments:

Post a Comment