Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan
kongsikan top 10 tempat makan menarik di Langkawi. Tempat yang diberi ini
berbeza dari segi harga, tapi di pilih sebagai top 10 kerana orang tempatan
(orang langkawi) sendiri sering kunjungi tempat-tempat ini berkali-kali tanpa
jemu.
10)
Nasi Ayam
Periuk Besar
Lokasi: berdekatan dengan Kamdar di Arked
Perniagaan Langkawi
Waktu makan: Tengahari
Kelebihan: Nasi ayam sedap, servis laju.
Kekurangan: Kedai ramai orang dan sedikit
sempit.
Nota: Nasi Ayam Periuk Besar memang tak
perlu diperkenalkan lagi pada orang kedah kerana memang mempunyai rangkaian
cawangan serata kedah. Tak pernah mengecewakan dari segi servis dan layanan.
Tempat yang sesuai untuk makan jika ingin jimat masa.
9)
Nasi Dagang Pak Malau
Lokasi: berdekatan dengan Jalan ke Makam
Mahsuri
Waktu makan: Sarapan Pagi
Kelebihan: Nasi dagang lauk kambing.
Kekurangan: Lokasi jauh dari Kuah.
Nota: Warung Nasi Dagang Pak Malau ni telah
dijadikan warung rasmi untuk UNESCO Langkawi Geopark. Selain dari aktif bersama
FLAG dan beberapa NGO, warung ini juga menampilkan imej rumah melayu lama yang
unik. Sesuai untuk membawa pelancong luar Negara untuk sarapan pagi.
8) Attashooru
Lokasi: berdekatan dengan roundabout airport
(Padang Matsirat)
Waktu makan: Sarapan Pagi
Kelebihan: Roti canai sedap, berdekatan
dengan airport.
Kekurangan: Menu tak banyak.
Nota: Warung Attashooru bukanlah warung
tempat tarikan pelancong. Namun ini adalah warung tempat kunjungan warga
tempatan. Selain daripada mengenakan harga yang berpatutan, kedai ini juga
memang menjamu roti canai yang sedap.
7)
Artisan Pizza
Lokasi: Pantai Chenang, Pekan Rabu (Kuah),
dan Harbour Park. (3 cawangan)
Waktu makan: Makan tengahari dan makan
malam.
Kelebihan: Cheesebake dan Nasi Beriani.
Kekurangan: Harga agak premium.
Nota: Restoran yang konsisten dan sedap.
6) Kak Yah Kondo
Lokasi: berdekatan dengan SEGA ELEKTRIK,
Jalan Trimula.
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan Ala Thai sedap. Teh
Tarik yang sedap.
Kekurangan: Kedai susah untuk dicari dan
kedai yang kecil.
Nota: Makanan sedap dan selesa untuk keluarga
kecil makan malam.
5) Gulai Panas Teriang
Lokasi: Jalan Masjid Kuala Teriang
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Ikan segar boleh pilih untuk masakan gulai dan sambal.
Kekurangan: Hanya buka malam.
4) HBL BAYAS (Makanan Lauk Tengahari)
Lokasi: Jalan Bayas
Waktu makan: Makan Tengahari
Kelebihan: Pilihan lauk beraneka jenis, ekonomikal, boleh tampung ramai orang. (3-4 bas serentak)
Kekurangan: Kedai yang agak ramai pada waktu kemuncak.
3) Restoran Wan Thai
Lokasi: Arked Perniagaan Pokok Asam
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan Thailand Istimewa. Tempat selesa, pekerja uniform kemas.
Kekurangan: Tidak boleh walk in. Perlu tempahan awal.
2) EE Burger
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan western, Burger, ais kacang, rojak buah.
Kekurangan: Kedai terselindung, Perlu tanya orang tempatan restoran ini.
1)
Uncle Jai Café
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan western kualiti tinggi. Ruangan decor menarik. Kebersihan tahap A. Surau ada. Tandas ada.
Kekurangan: Hanya buka malam.
Nota: Al Falah Rental berpendapat kedai ini perlu diketengahkan sebagai restoran terbaik atas pelbagai faktor. Selamat menjamu selera.
Photo: taken from various famous blogs as stated in the watermark.
No comments:
Post a Comment